
Johor Bahru, 12 Mac 2025 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 03/2025 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Fadhil bin Ahmad diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Harith bin Hamdan dan bacaan ikrar oleh Puan Siti Harimah binti Supat. Perutusan Pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada warga JMG Johor yang 'warded' dan ditimpa musibah oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor.
Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah