Majlis Makan Malam dan Sambutan Hari Keluarga Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Ibu Pejabat (KESKIP) dengan meriah dan jayanya telah diadakan pada 11-12 Oktober 2014 bertempat di Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang.
10 Muwasafat Tarbiyah
Petikan intipati daripada ceramah bertajuk Teamwork (Amal Jama'ie) yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Tarmizi Yahya, Pengarah Urusan, Irsyad Training and Motivation sempena Hari Keluarga KESKIP JMG Ibu Pejabat di Bukit Gambang Resort City, Pahang pada 11 dan 12 Oktober 2014.
Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat September 2014 Dan Majlis Persaraan
Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 9/2014 Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nilam, Lantai 22, Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 September 2014.
Berikut dikepilkan laporan Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat September 2014 Dan Majlis Persaraan untuk rujukan dan makluman semua.
Lawatan Delegasi Ministry of Petroleum & Mineral Resources, The Federal Republic of Somalia
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah menerima kunjungan delegasi Ministry of Petroleum & Mineral Resources, The Federal Republic of Somalia pada 17 September 2014 bertempat di Ibu Pejabat JMG Malaysia.
Majlis Pelancaran Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) dan Menandatangani Nota Perjanjian Perunding PBRC
Majlis Pelancaran Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) dan Menandatangani Nota Perjanjian Perunding PBRC telah diadakan pada 17 September 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Aras 17, Wisma Sumber Asli, NRE. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Mohd Ali Bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha NRE.