Biro Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Perak akan menganjurkan Kejohanan Ping Pong Tertutup 2014. Semua ahli yang berminat sila daftar nama berserta wang pendahuluan sebnyak RM30. kepada Setiausaha Biro.
Biro Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Perak akan menganjurkan Kejohanan Ping Pong Tertutup 2014. Semua ahli yang berminat sila daftar nama berserta wang pendahuluan sebnyak RM30. kepada Setiausaha Biro.
SIK, 22 November 2013 - JMGKPP telah berjaya menganjurkan Bengkel Kaedah Lapangan dan Aplikasi Data Geologi untuk Pegawai dan Pembantu Geosains jabatan ini.
Program yang berlangsung di Bendang Man Resort, Sik ini berlangsung selama 4 hari ini dihadiri semua pegawai dan kakitangan teknikal jabatan.
Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan praktikal kepada semua kakitangan berkaitan tugas-tugas teknikal di pejabat dan di lapangan, merangkumi kajian sumber mineral berlogam dan mineral perindustrian, persampelan geokimia, pemetaan cerun, ulasan guna tanah, pembebeasan mineral dan OSC serta pemetaan geologi di lapangan.
Turut dilaksanakan ialah aktiviti lawatan tapak permohonan kuari dan penyediaan ulasan berkaitan yang dikelolakan oleh Unit Lombong dan Kuari.
Semua staf dan kakitangan teknikal yang hadir berpeluang mempelajari segala teknik dan tugas-tugas teknikal utama yang sebelum ini bukan tugasan harian mereka.
Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh telah mengadakan Program Kecemerlangan Diri Menuju 2013 Kumpulan Sokongan II bertempat di Hotel SSL Traders, Taiping, Perak pada 16- 19 Disember 2013. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan, Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh.Seramai 34 orang peserta telah menyertai program tersebut.
Batu Pahat, 18 Disember 2013 – Unit Sumber Mineral JMG Johor telah menganjurkan kursus yang dirancang khusus bagi menangani masalah tidak cukup kursus bagi kakitangan JMG Johor dalam menghadiri kursus 7 hari dalam setahun bertempat di Lombong Besi Chaah.
Audit Pengawasan (Surveillance Audit) telah dijalankan pada 12 Disember 2013 di Unit Batu Dimensi bagi pengekalan persijilan MS ISO 9001: 2008. Audit ini telah dilakukan oleh pihak SIRIM melalui auditornya Puan Meena Regawan. Hasildaripada audit ini, Unit Batu Dimensi berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001: 2008 bagi perkhidmatan Ujian Batu Dimensi dengan jayanya.
© JMG