AKTIVITI PENYELENGGARAAN TELAGA KEBAKARAN GAMBUT SEKITAR NEGERI JOHOR

AKTIVITI PENYELENGGARAAN TELAGA KEBAKARAN GAMBUT SEKITAR NEGERI JOHOR

Johor, 19 Februari 2018 - Pasukan JMG Johor telah mengadakan aktiviti penyelenggaraan di 13 telaga gambut sekitar negeri Johor. Penyelenggaraan dan pembersihan kawasan telaga perlu dilakukan supaya pihak kita bersedia jika berlaku kebakaran atau jika diperlukan.

Pihak JMG perlu bersedia kerana kebakaran sering berlaku di kawasan tanah gambut disebabkan oleh kawasan yang kering, api kebakaran tersebut akan memasuki jauh ke dalam tanah gambut dan ia amat sukar untuk dipadamkan serta mengambil masa yang lama.

Justru itu, program pencegahan kebakaran tanah gambut untuk mengatasi jerebu telah mengutamakan kaedah pengurusan air yang mampan di kawasan gambut dengan membina infra struktur seperti sekatan saliran (check dam), telaga air tanah (tube well) kolam takungan dan pemasangan saluaran paip air.

Sumbangan artikel : Encik Muhammad Falah bin Zahri

Written by : asrul