KURSUS ICT BERTEMPAT DI (AMC) THE SCHOOL OF BUSSINESS

KURSUS ICT BERTEMPAT DI (AMC) THE SCHOOL OF BUSSINESS

LIKAS (19 & 20 APRIL 2018) : Kursus berjalan selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari Khamis dan Jumaat bertempat di AMC College, Bangunan Likas Square, Likas, Kota Kinabalu.

Kursus yang dipelawa adalah Operating System (Windows 10) dan Presentation (Focusky). Kedatangan para peserta diambil pada setiap sesi kursus. Seramai enam kakitangan JMG Sabah telah menghadiri kursus tersebut iaitu Shuryanteh bt Mohd Yassin, Besty Jenny Adim, Normi bt Adok, Suriani bt Ramlee, Mohd Azrol bin Mohd Hanaffi dan Kassim bin Jusrin. Turut hadir adalah kakitangan dari SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) iaitu seramai empat belas orang. Sijil penyertaan kursus adalah dikeluarkan oleh AMC College kepada semua peserta. Pendaftaran, makan dan sijil kursus ini adalah percuma yang ditaja oleh Kerajaan Negeri dan dipertanggungjawabkan kepada pihak AMC College.

Secara keseluruhan, kursus tersebut adalah berjalan dengan lancar. Penyampaian kursus oleh para penceramah (En. Bohran & Pn. Abby) turut menggunakan modul kursus secara digital. Modul yang disediakan ini dapat membantu para peserta untuk lebih faham dengan lebih jelas terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah kursus. Selain daripada itu, modul ini juga dapat dijadikan panduan dan rujukan peserta selepas berakhirnya kursus.

2picAMC

all

40 PELAJAR MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

40 PELAJAR MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KOTA KINABALU (04 APRIL 2018) : RABU, Seramai empat puluh pelajar dan tujuh guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran telah menyertai lawatan sambil belajar di JMG Malaysia, Sabah.

Taklimat selama dua jam itu disampaikan oleh Encik Fredolin Javino (Pegawai Geosains, Unit Geosains Aktiviti Alam Sekitar) dan dibantu dengan tiga orang urusetia iaitu Puan Besty J. Adim (Unit Pengurusan Maklumat), Encik Levy bin Mosungkai (Unit Geosains, Akitviti Geologi Warisan) dan Cik Norven bte Razali (Pelajar LI, Politeknik Kuching). Taklimat bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (Nephrite) JMG Malaysia, Sabah.

Warga Pelajar yang hadir berpeluang meningkatkan pengetahuan melalui taklimat itu seperti Active Volcanoes, mengenali Peta Geological Sabah, beberapa batuan, Geothermal Resevoir serta sejarah dan latarbelakang JMG Malaysia dan JMG Malaysia, Sabah. Hasil taklimat diberikan, semua pelajar dan guru didapati faham terhadap fungsi yang dijalankan di JMG Malaysia, Sabah khususnya.

Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawap dan seterusnya penyampaian sijil penghargaan daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran. Pelajar juga berkesempatan melihat lebih dekat Peta Taburan Galian dan Peta Geologi Sabah.

beluran1

 

beluran2

 

 

SEMINAR MEMPERKUKUH EKONOMI DIGITAL SABAH

SEMINAR MEMPERKUKUH EKONOMI DIGITAL SABAH

TANJUNG ARU, SABAH (07 MARCH 2018) : RABU, Lebih 1000 peserta telah hadir ke seminar “Championing Sabah’s Digital Economy” bertempat di Shangri La’s Tanjung Aru And SPA, Kota Kinabalu, Sabah yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah.

Gambaran keseluruhan seminar; Ekonomi digital permeaters semua aspek masyarakat, termasuk cara orang berinteraksi, landskap ekonomi dan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Dengan teknologi digital yang semakin berkembang membuka peluang melimpah ruah sebagai perniagaan berkembang di peringkat global. Seminar ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS/SMEs) di Sabah untuk kekal berdaya saing dan berjaya dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

Majlis Perasmian dan Pelancaran Seminar serta Platform eCommerce “BORNEO KAKI” telah disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Negeri Sabah.

Sehubungan itu, sebanyak 6 sesi forum dan perkongsian dari pelbagai agensi telah melengkapkan dan membuka minda para peserta mengenai perkembangan perniagaan secara digital pada masa ini dan masa hadapan.

Pihak penganjur juga telah menyelitkan sebanyak 19 cabutan bertuah yang menarik untuk dimenangi seperti Dron dan Handphone. Tahniah diucapkan kepada Pelajar Latihan Industri JMG Sabah, Cik Norven binti Razali (Diploma Networking, Politeknik Kuching) kerana bertuah menjadi salah seorang yang memenangi cabutan bertuah tersebut.  Turut hadir mewakili JMG Sabah Puan Besty J. Adim (Penolong Juruukur, Unit Pengurusan Maklumat).

NORVEN

inside2

MENGGALAK PERLOMBONGAN LOGAM DI SABAH

MENGGALAK PERLOMBONGAN LOGAM DI SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (12 FEBRUARI 2018) ISNIN : Satu perbincangan antara pihak yang berminat (dengan perlombongan) dari Australia dan JMG Sabah telah berlangsung selama sejam di Pejabat JMG Sabah (Bilik Mesyuarat Chormite).  JMG Sabah telah memberikan penerangan tentang proses perlombongan bermula dari tahap prospecting serta peranan agensi-agensi yang terlibat.  Tuan Pengarah JMG Sabah turut terlibat dalam perbincangan tersebut disamping pegawai-pegawai beliau iaitu En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa (Pegawai Geosains - Unit Lombong Pembangunan Lombong & Kuari) dan En. Cleafos Totu (Pegawai Geosains - Unit Sumber Mineral).

8c892a7d-643c-4d10-ae3e-9cf81b81c92e

Gambar di atas (pihak yang berminat dari Australia)

 

MESYUARAT MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN KESEDARAN AWAM DI KOTA BELUD DAN KOTA MARUDU, SABAH

MESYUARAT MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN KESEDARAN AWAM DI KOTA BELUD DAN KOTA MARUDU, SABAH

KOTA KINABALU, SABAH - 5 Februari 2018 (Isnin) : Mesyuarat Majlis Perasmian Telaga Tiub dan Kesedaran Awam di Kota Belud dan Kota Marudu, Sabah Bil.3/2018 telah diadakan pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU-Nephrite), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Jaineh Lingi (KA Hidrogeologi). Turut hadir dalam mesyuarat adalah En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (KUPM) dan Pn. Jenneth Cyril (Ketua SubUnit GeoKhidmat, Unit Geosains) serta urusetia yang hadir iaitu En. Morius Bantas, En. Mazrali bin Alway (Setiausaha), En. Ali Akbar Amil Hassan, Pn. Mary Chew, En. Abd. Arif Tahar, En. Jasni Jaya, Pn. Vianni Vincent, En. Malai Osman Malai Muhd., Pn. Besty J. Adim dan Pn. Normi Adok.