MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP
LAWATAN GEOPARK PASUKAN JMGSWP BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
SELANGOR, 12 JUN 2024 - Pasukan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan yang diketuai P.Geol En. Iszaynuddin Abd. Hamid membantu dalam program lawatan lapangan pelajar Tahun 3, Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan atas seliaan Dr. Hafzan Eva binti Mansor dan Prof. Madya Dr. Mohammad Muqtada Ali Khan, telah melawat beberapa geotapak di Geopark - Hulu Langat. Senarai geotapak yang dilawati adalah singkapan:
- Rijang Gombak
- Genting Sempah Volcano Complex
- Syis Selut, dan
- Olistostrom Genting Sempah
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023 DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2024 JMGSWP
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP
SHAH ALAM, 25 April 2024 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 03/2024 dan Gotong Royong Perdana telah diadakan di Bilik Kuarza, Tingkat 7 Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan. Acara majlis dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam, disusuli penyampaian amanat oleh Tuan Pengarah, Yang Berusaha Tuan Rusli bin Tuan Mohamed dan diteruskan dengan aktiviti gotong royong supaya dapat mewujudkan suasana persekitaran pejabat yang bersih, teratur dan kondusif untuk bekerja.