MAJLIS MENANDATANGANI TERMA RUJUKAN (TOR) ANTARA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG) DAN INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA(NAHRIM) BAGI KAJIAN HIDRAULIK NOSRS 3B

MAJLIS MENANDATANGANI TERMA RUJUKAN (TOR) ANTARA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG) DAN INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA(NAHRIM) BAGI KAJIAN HIDRAULIK NOSRS 3B

IPOH, 22 FEBRUARI 2024: Majlis ini merupakan satu langkah positif dalam mengukuhkan hubungan dan kerjasama di antara kedua agensi terlibat iaitu pihak JMG (Unit Geologi Marin) dan pihak NAHRIM (Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi). Majlis ini bertujuan untuk menyelaraskan dan memperjelaskan peranan serta tanggungjawab agensi dalam pelaksanaan projek Kajian Hidraulik bagi Projek Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3B.

Terma rujukan (TOR) kajian hidraulik ini ditandatangani bersama Dato’ Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG dan Ir. Ts. Saiful Bahri Bin Hamzah, wakil Pengarah Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi, NAHRIM serta
diiringi oleh En. Syed Bin Omar, Ketua Unit Geologi Marin.

Majlis turut diserikan lagi dengan pembentangan kajian dari agensi JMG dan NAHRIM bertajuk Kajian Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3B oleh En Nur Muhammad Asyraf Bin Mansor (JMG) dan Pengenalan Instrumenstasi Data Marin & Oseanografi Negara oleh Ts. Dunstan Anthony Pereira (NAHRIM). Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati pihak JMG kepada pihak NAHRIM.

Written by : zahar