NEVADA, 14 Julai 2024: Seramai enam wakil dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) telah terpilih bagi mewakili JMG ke Capacity Building and Training Opportunity dalam bidang pengurusan perlombongan di Malaysia.
Peserta-peserta kursus terdiri dari En. Yusari Bin Basiran, Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral dan En. Salehuddin Bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral dari ibu pejabat JMG, Putrajaya, En. Mohamad Ezanie Bin Abu Samah, Penolong Setiausaha Bahagian Mineral Dan Geosains, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), En. Mahat Bin Sibun, Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Perak, En. Mohd Zahar Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan En. Muhammad Afiq Afandi Bin Abdul Aziz, Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh.
Kursus bermula dari 29 Jun 2024 dan tamat pada 14 Julai 2024 dan telah diadakan di University of Nevada, Reno, Nevada, Amerika Syarikat. Antara modul yang dipelajari adalah:
● Overview of Critical Mineral Mining
● Mining Leasing vs. Licensing
● Mining Data Equisition and Management
● Mine Life Cycle Assessment
● Social Licensing to Operate
● Mine Site Visit
● Mine Health and Safety
● Mine Reclamation and Environmental Management
● International Standards for Resource Reporting
Peserta-peserta kursus juga telah di bawa melawat ke lombong emas Phoenix Gold Mine.