NEVADA, 29 Jun 2024: Kursus 'Capasity Building of Energy Resources Governance Initiative (ERGI) telah diadakan di ERGI Academy, University of Nevada, Reno, Nevada, Amerika Syarikat. Seramai enam peserta dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah dipilih untuk menghadiri kursus tersebut. Mereka adalah En. Yusari Basiran (selaku Ketua Delegasi) dan En. Salehuddin Mohamad dari ibu pejabat JMG, En. Muhammad Izani Abu Samah (NRES), En. Mahat Sibun (JMG Perak), En. Mohd Zahar Ibrahim (Bahagian Perkhidmatan Teknikal) dan En. Afiq Apandi Abdul Aziz (Pusat Penyelidikan Mineral).
Kedatangan delegasi disambut oleh Prof. Manoj K. Mohanty, Pengarah ERGI Academy, University of Nevada. Delegasi JMG telah membentang slide mengenai perlombongan di Malaysia di dalam satu sesi pembukaan di hadapan Pengarrah ERGI Academy serta beberapa penceramah lain yang dijemput.
Kelas pertama bermula pada hari Isnin, 1 Julai 2024 di mana ceramah disampaikan oleh Jurutera Perlombongan Mr. William Warfield. Delegasi juga berpeluang dibawa melawat ke bekas lombong emas terbesar di Nevada yang terletak di Victoria City.