Kursus Persampelan Bahan Mineral Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang

Kursus Persampelan Bahan Mineral Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang

Ipoh, 10 Oktober 2023: Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) telah menganjurkan Kursus Persampelan Bahan Mineral Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang pada 9 dan 10 Oktober 2023, bertempat di Hotel De Rhu Resort, Kuantan Pahang.

Dua pegawai dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah dijemput untuk memberi ceramah beserta amali di salah satu lokasi persampelan pasie silika di Gebeng, Kuantan.

Pada 9 Oktober 2023, En. Muhammad Falah Zahri telah menyampaikan ceramah bertajuk Pengenalan Sumber Mineral dan Persampelan. Manakala pada sebelah malam pula, En. Mohd Zahar Ibrahim telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Pengurusan Sampel Makmal, Analisa Kimia dan Pengurusan Sampel Pendakwaan. Manakala pada 10 Oktober 2023 telah diadakan latihan Persampelan Lapangan di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Seramai 35 orang peserta telah mengambil bahagian di dalam kursus ini yang terdiri dari pegawai-pegawai dari Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) Negeri Pahang.

 

 

Written by : zahar