PEMERIKSAAN GEOFORENSIK BENCANA PASCA PEMBANGUNAN (TANAH MENDAP) DI SELANGOR

PEMERIKSAAN GEOFORENSIK BENCANA PASCA PEMBANGUNAN (TANAH MENDAP) DI SELANGOR
JMGSWP telah menerima aduan dan melaksanakan pemeriksaan geoforensik pasca pembangunan di sekitar negeri Selangor.
Pemeriksaan bertujuan mengenalpasti tahap keselamatan dan menilai punca kejadian yang boleh disebabkan oleh proses semulajadi atau aktiviti antropogenik (kegiatan manusia).
Pasa masa sama, JMGSWP juga memberikan perkongsian kesedaran komuniti terhadap pengurusan risiko bencana supaya masyarakat lebih cakna terhadap tanda-tanda bencana.

PEMERIKSAAN & PENILAIAN LAPORAN PEMETAAN GEOLOGI TERAIN UTK PERMOHONAN KEMAJUAN PEMBANGUNAN OSC DI SHAH ALAM, SELANGOR

PEMERIKSAAN & PENILAIAN LAPORAN PEMETAAN GEOLOGI TERAIN UTK PERMOHONAN KEMAJUAN PEMBANGUNAN OSC DI SHAH ALAM, SELANGOR
SELANGOR, 6 september 2024 - Pihak JMGSWP telah melaksanakan pemeriksaan lapangan bagi menilai pematuhan penyediaan Laporan Pemetaan Geologi Terain. Secara anggaran purata, Laporan Pemetaan Geologi Terain yang diperiksa oleh pihak JMG SWP adalah sebanyak 5 hingga 10 lokasi seminggu, sekitar Selangor.
Untuk makluman umum, Laporan Geologi Terain adalah penting untuk pengenalpastian kawasan berisiko bencana, pengurusan 'Disaster Risk Reduction (DRR)' dan memastikan pembangunan dilaksanakan, selari dengan proses semulajadi bumi. Ianya adalah proses penting dalam permohonan kebenaran merancang secara keseluruhan, terutama apabila melibatkan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).
Antara aspek yang dinilai adalah melibatkan Geomorfologi, bahan dan proses geologi, serta aspek Hidrogeologi (pergerakan air bawah tanah) secara rantau.
Pemeriksaan telah dijalankan oleh P.Geol En. Haikal, Pn. Adira, En. Haziq dan En. Farhan bersama pihak pemaju dan konsultan.

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (JTPKSAS) NEGERI SELANGOR BIL.5/2024

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR (JTPKSAS) NEGERI SELANGOR BIL.5/2024
SHAH ALAM, Julai 2024 - Jawatankuasa telah bersidang dan dipengerusikan oleh Pengarah JMG Selangor/W.P serta dianggotai agensi utama seperti PlanMalaysia, JKR, PBT seperti MPHS, JAS, LUAS, JPS, LPHS dan agensi berkaitan.
Jawatankuasa ini berperanan menilai secara teknikal permohonan kawasan pembangunan yang dikategorikan sebagai sensitif alam sekitar, yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan bagi memastikan pembangunan yang selamat.

π’π„π’πˆ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŒπˆππ„π‘π€π‹ & π†π„πŽπ’π€πˆππ’ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ / π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π πŠπ„ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 π†π€π‹πˆπ€π ππ„π†π„π‘πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

SHAH ALAM,Β 30 Ogos 2024 -Β Jabatan Mineral dab Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Ybrs. P. Geol. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Pengarah Jabatan Mineral & Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan bersama Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari dan pegawai - pegawai JMG telah hadir ke Pejabat Tanah Dan Galian Selangor bagi Kunjungan Hormat kepada YBhg. Dato’ Dr. Yusri bin Zakariah, Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Selangor.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk mendapatkan kefahaman dan perbincangan lanjut berkaitan pentaksiran semula jenis bahan batuan kepada bahan mineral negeri Selangor. Kedua-dua belah pihak saling berkongsi dan bertukar maklumat serta pengetahuan dan membincangkan kerjasama strategik pada masa hadapan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN KEMERDEKAAN JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN KEMERDEKAAN JMGSWP
SHAH ALAM, 30 Ogos 2024 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan perhimpunan bulanan dan sambutan bulan kemerdekaan . Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya nyanyian lagu patriotik, persembahan bertemakan patriotik dari unit, kuiz kahoot kemerdekaan dan penyampaian hadiah.
Semoga dengan sambutan kemerdekaan ini dapat menyemai semangat cintakan negara dan mengeratkan silaturahim .