Ceramah Lailatul Qadar Tingkat Kesedaran Tambah Ibadah

Kelab Sukan dan Kebajikan (KASKEK) JMGKPP melalui Biro Agama telah menganjurkan program Ceramah Lailatul Qadar. Program yang diadakan di Bilik Delima ini menampilkan al-Fadhil Ustaz Hj. Abdul Rahman Omar, Imam Masjid Darussalam, Kampung Tambak Bunga, Alor Setar sebagai penceramah jemputan.

Encik Ishak bin Ahmad merangkap ketua Biro Agama bertindak sebagai pengerusi program ini.

Ceramah dimulakan dengan ganjaran istimewa ibadah di bulan Ramadan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w melalui beberapa potong hadis.

Nikmat, keistimewaan dan ganjaran lailatul qadar yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Abdul Rahman secara terperinci kemudiannya menarik minat para pegawai dan staf untuk terus mendengar.

Sesi soal jawab dibuka pada akhir sesi ceramah di mana para kakitangan bertanya pelbagai soalan mengenai fiqh puasa. Apa yang menarik ialah, soalan-soalan yang ditujukan sedikit sebanyak berkait dengan kehidupan kerjaya pegawai dan staf yang terlibat dengan kerja-kerja lapangan dan di luar kawasan.

Program berakhir dengan bacaan doa penutup oleh Ustaz Hj. Abdul Rahman dan sesi bersalaman dengan kakitangan jabatan.
 
Foto program menyusul.

Written by : afif