Umrah Ke Tanah Suci Mekah

ALOR SETAR, 17 Mac 2013 - Pengarah JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Tn. Hj. Zainol b. Husin dan En. Engah b. Mamat (Pembantu Kajibumi Kanan) akan mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekah pada tarikh 20 dan 21 Mac ini.

Majlis bacaan yassin dan doa selamat telah diadakan pada pagi ini di surau JMG KPP dan dipimpin oleh En.Juna Azleen bin Abdul Ghani (Timbalan Pengarah Lombong & Kuari).

Di Majlis tersebut juga Tn. Hj Zainol & En. Engah telah memberi ucapan ringkas dan memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap serta dihalalkan makan dan minum kepada semua kakitangan.  

Majlis adalah anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan (KASKEK). 

Didoakan semoga mereka berdua dapat mengerjakan haji kecil (Umrah) dengan sempurna dan kembali dengan selamat.

IMG 9806IMG 9811IMG 9815IMG 9824

Disediakan oleh: En. Ishak Ahmad & En. Aszuan Ahamad Sapian

Jabatan Anjur Bengkel Pengendalian Blog JMG KPP Siri 1/2013

Alor Setar, 20 Mac 2013 - Unit Pengurusan Maklumat telah menganjurkan Bengkel Pengendalian Laman Rasmi Web JMG Dan Blog JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang Siri 1/2013 yang telah dihadiri oleh kakitangan seramai 11 orang.

Berikut adalah senarai peserta bengkel berkenaan:-

1. En. Muhammad Mustadza b. Mazni (Fasilitator)
2. En. Fakhruddin Afif Bin Fauzi (Fasilitator)
3. Pn. Salasiah Binti Bajuri
4. En. Ismail Bin Ghazali
5. En. Khazari Bin Ahmad
6. En. Ishak Bin Ahmad
7. Pn. Chong Siew Yong
8. Pn. Sukriah Binti Seman
9. En. Wan Bennyamin Bin Rosli
10. En. Mohamad Aszuan Bin Ahamad Sapian
11. En. Mohamad Faiz Bin Abu Seman

Para peserta kursus ini telah diberi penerangan, pendedahan menu didalam laman web rasmi JMG dan tunjuk ajar secara "hands-on" untuk menyediakan bahan-bahan untuk dimuatkan ke dalam blog jabatan.

Di akhir bengkel, para peserta berpuas hati dengan pendedahan yang diberikan di mana ia merupakan ilmu baru dan melayakkan mereka untuk mendapatkan 1 hari berkursus. Walaubagaimanapun, bengkel siri 2/2013 akan diteruskan dan cadangan dibuka kepada pegawai dan kakitangan yang lain pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Disediakan oleh: En. Khazari Ahmad dan En. Wan Bennyamin Rosli

Ucapan Tahniah Atas Kelahiran Cahaya Mata Sulung

ALOR SETAR, 9 Januari 2013 - Pasangan staf JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang, Puan Lily Ermawatee binti Mohd Tahir (Pembantu Tadbir) dan Encik Zamali bin Abdul Wahab (Penolong Pegawai Galian)  telah selamat menerima cahaya mata puteri sulung mereka, hari ini.

Puteri sulung mereka yang diberi nama Awatif Hana binti Zamali telah selamat dilahirkan di Pusat Perubatan INS, Jalan Pintu Sepuluh, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Warga JMGKPP mengucapkan tahniah di atas kelahiran tersebut dan mendoakan semoga kehadiran cahaya mata membawa sinar kebahagiaan kepada keluarga.

Disediakan oleh : Pn. Sukriah Seman

PENGARAH JMG KPP TERIMA PINGAT B.C.K

Seluruh warga JMG KPP mengucapkan tahniah! kepada Tuan Pengarah JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Tuan Haji Zainol Bin Husin yang telah dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Kebaktian (B.C.K) sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85 pada tarikh 20 Januari 2013 yang lalu.

Disediakan oleh : Pn. Salasiah Bajuri

 

 

Anugerah Pekerja Berdedikasi Suntik Kesungguhan Bekerja

ALOR SETAR, 27 Februari 2013 - Seramai 4 orang kakitangan JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah dianugerahkan Pekerja Berdedikasi Jabatan bagi tahun 2012. Mereka ialah En. Muhammad Mustadza Mazni, En. Zulkifli Jaafar, En. Abu Bakar Siddik Abidah dan En. Nopazli Ramzi.

Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Zainol bin Husin, Pengarah JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang dalam Majlis Perhimpunan Bulanan peringkat jabatan.

Pemberian anugerah ini adalah berdasarkan komitmen, kesungguhan dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh kakitangan jabatan sepanjang tahun 2012 yang lalu.

Anugerah Pekerja Berdedikasi akan diteruskan bagi tahun 2013. Apa yang menarik ialah, calon-calon penerima anugerah akan dicalonkan sendiri oleh semua kakitangan dan dikendalikan oleh unit Pentadbiran jabatan.

Semoga anugerah yang diberikan ini menjadi pencetus semangat baru buat kepada semua kakitangan JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang untuk berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh serta sumbangan kepada jabatan.