Demo MINGEOSIS JMG Johor

Johor Bahru - Satu sesi demo MINGEOSIS (Minerals and Geoscience Information System) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor pada 23 Januari 2013. Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mempengerusikan sesi demo ini. Seramai 20 telah menghadiri program ini.

Program ini diadakan bagi mengenalpasti status pencapaian, permasalahan dan isu-isu berkaitan setiap pangkalan data yang melibatkan JMG Johor iaitu METALdat, GEOCHEMdat, IMdat, ENGEOdat, MINEdat, QUARRYdat dan HYDROdat. Kesemua pegawai yang bertanggungjawab terhadap pangkalan data masing-masing telah membentangkan status pencapaian dan permasalahan yang dihadapi. Resolusi akhir yang dicapai adalah setiap pegawai bertanggungjawab harus memastikan tambahan kemasukan data dan sebarang permasalahan mesti dilaporkan kepada Penyelaras Pangkalan data yang berkenaan.

 

Written by : liyana