GUNUNG TEBU ECOFEST 2023

GUNUNG TEBU ECOFEST 2023

25-26 Ogos 2023 JMG Terengganu telah menyertai Pameran & Program Karnival "Gunung Tebu Ecofest 2023" bagi projek Pembangunan Model Skim Perhutanan Masyarakat menerusi Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBET) ke arah peningkatkan pendapatan Masyarakat Luar Bandar di Taman Eko-Rimba Lata Belatan, Besut Terengganu anjuran FRIM. Acara ini dianjurkan bagi mempromosikan produk-produk pelancongan setempat disamping menyemarakkan lagi tarikan pengunjung tempatan dan antarabangsa terjadap daerah Besut dan negeri Terengganu secara keseluruhannya. YB Dr Azman bin Ibrahim Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi merangkap EXCO Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, mewakili YAB Menteri Besar Terengganu merasmikan program & melawat ke booth pameran. Festival ini berlangsung selama 2 hari padat dengan program dan acara kebudayaan dan rekreasi luar seperti persembahan permainan gasing tradisional,pertandingan wau cantik,persembahan beruk panjat kelapa,persembahan burung dan persembahan aktiviti tali ‘ fliying fox & abseiling yang tamat pada hari pertama. Pada hari kedua pula dipadatkan dengan acara motocross/cubcross fun trail, pertandingan kutip sampah trail Gunung Tebu. Acara sukaneka kategori kanan-kanak (mewarna,music chair dan Tarik tali). Acara suka rakyat seperti tarik tali,tarik upih, kukur kelapa,pertandingan memasak,congkak, bola kaki tiga dan persembahan silat. Festival ini tamat pada sebelah malam hari kedua dengan persembahan dikir barat.

Written by : tarmizi