PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEBAKUL MAKANAN

PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEBAKUL MAKANAN

Johor Bahru, 10 Disember 2020 – Baru-baru ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor pada masa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) akibat penularan virus Covid- 19 yang menyerang seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan ‘Projek Sekampit Beras 2’ yang diilhamkan oleh Yang Dipertua Kelab dan Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan b. Abdullah.

Projek ini diadakan untuk menerapkan rasa simpati, kasih sayang, keprihatinan dan meringankan bebanan hidup kepada golongan yang memerlukan yang terkesan pada masa PKPB. Di samping itu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Seramai 26 keluarga dari mukim Plentong yang kurang bernasib baik telah dipilh bagi menerima barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak, telur dan sebagainya.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul