Johor Bahru, 09 Mei 2021 – Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor pada masa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) akibat penularan virus Covid- 19 yang menyerang seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan ‘Projek Sekampit Beras 3.0’ yang diilhamkan oleh Yang Dipertua Kelab dan Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan b. Abdullah.
Projek ini diadakan untuk menerapkan rasa simpati, kasih sayang, keperihatinan dan meringankan bebanan hidup kepada golongan yang memerlukan yang terkesan pada masa PKPB. Di samping itu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Kali ini keluarga dari Kampung Tok Siak yang kurang bernasib baik dan tidak lupa juga kepada kakitangan JMG Johor yang telah bersara telah dipilih bagi menerima barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak, telur dan sebagainya.
Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah