Johor Bahru, 26 September 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2021 JMG Johor telah diadakan secara maya lantaran penutupan pengoperasian pejabat kerana perlaksanaan PKP 3.0 Fasa 1. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.
Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini telah dipengerusikan oleh En. Sivalingam a/l Krishnan, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Fariz b. Dzulkapri. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya kali ini.
Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah