KURSUS TEKNIK PEMETAAN ASAS (PRAKTIKAL)

KURSUS TEKNIK PEMETAAN ASAS (PRAKTIKAL)

Ayer Hitam, 28 Januari 2024 – Satu sesi perkongsian yang di selia oleh En Khairul Zaman Bin Ibrahim bagi menumpukan latihan praktikal asas pemetaan seperti amali peta dan kompas, pengenalan asas struktur geologi seperti lipatan, kekar dan sesar yang telah diadakan di sekitar Arenawarna Ayer Hitam, Yong Peng, Johor.

Ia diadakan khusus kepada kakitangan dan pegawai yang baru berkhidmat melibatkan seramai 9 orang peserta. Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Noorazhar Bin Ngatimin turut hadir dalam sesi latihan dan menyampaikan ucapan penutup kursus tersebut.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul