Johor Bahru, 13 Jun 2024 – JMG Johor telah mengadakan satu taklimat berkenaan "Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pejabat" di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Tujuan taklimat diadakan adalah untuk memupuk persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Selain itu, ia juga boleh melindungi rakan sekerja, ahli keluarga, majikan, pelanggan, dan lain-lain yang mungkin terjejas oleh persekitaran tempat kerja.
LAWATAN KE TAPAK PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK DI NEGERI JOHOR
Mersing, 03-08 Jun 2024 - Baru-baru ini, JMG Johor telah menganjurkan lawatan ke Tapak Projek Kajian Potensi Mineral Strategik yang tertumpu di kawasan daerah Mersing, Johor. Para peserta terdiri daripada Pegawai Projek MST dan Ahli Projek MST seluruh Malaysia dari negeri Johor, Kedah, Perak dan Sabah. Seramai 20 Orang pegawai dan kakitangan terlibat dalam program tersebut.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5 & 6/2024 BERSERTA SAMBUTAN HARI GAWAI DAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT JMG JOHOR
Johor Bahru, 09 Jun 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 05 & 06/2024 berserta Sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan Peringkat JMG Johor di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Yong Adilah binti Mustafa diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Fariz bin Dzulkapri dan bacaan ikrar oleh Puan Nurzayana Zahira binti Shamsuri. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
JMG JOHOR DI MINGGU PERPADUAN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN
PROGRAM KESIHATAN DI JMG JOHOR
Johor Bahru, 14 Mei 2024 – Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Negeri Johor telah mengadakan satu Program Kesihatan bagi Pegawai dan Kakitangan yang berusia 40 tahun di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Tujuan pemeriksaan kesihatan awal boleh membantu mengesan penyakit tertentu di peringkat awal. Menjaga kesihatan perlu juga dimasukkan dalam senarai keutamaan hidup kita kerana tanpa kesihatan, kita tidak mampu melakukan banyak perkara untuk memenuhi harapan dan impian kita yang lain.