Johor Bahru, 20 Mac 2018 - YBhg Datuk KP JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan kerja ke pejabat Jabatan Mineral Dan Geosains Johor. Bagaikan sireh pulang ke gagang, YBhg Datuk telah mengungkap kembali kenangan sewaktu beliau berkhidmat sebagai Pengarah di JMG Johor.
LAWATAN KERJA YBHG DATUK KP JMG KE TAPAK PEMBINAAN TELAGA TIUB DI PUSAT PENGELUARAN SPESIES POKOK HUTAN LEDANG, TANGKAK
Tangkak, 21 Mac 2018 - YBhg Datuk KP JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan telaga tiub air tanah di Pusat Pengeluaran Spesies Pokok Hutan (PPSPH) Ledang, Tangkak.
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT SUB (KERAJAAN TEMPATAN) SUK NEGERI JOHOR
Johor Bahru, 22 Mac 2018 - Baru-baru ini, En. Noorazhar bin Ngatimin telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat SUB (Kerajaan Tempatan) SUK Negeri Johor, Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed.
KUNJUNGAN HORMAT KE BAWAH DYMM SULTAN JOHOR
Johor Bahru, 19 Mac 2018 - Baru-baru ini, YBhg Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke bawah DYMM Sultan Johor. Turut sama dalam pertemuan tersebut ialah YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani (SUK Negeri Johor), Datuk Daing A Malek bin Daing A Rahaman dan En. Mohammad Hussien bin Jamaluddin.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 1/2018
Johor Bahru, 7 Januari 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor Bil 1/2018 untuk rujukan dan makluman semua.