Mersing, 12 Oktober 2023 – Satu mesyuarat pemajuan perkhidmatan penggerudian bagi kajian potensi zon anomali bijih besi telah diadakan di SK Punan, Kahang yang melibatkan penggerudian dua buah lubang dalam dengan kaedah wireline drilling berserta persampelan di Kahang, Daerah Kluang, Johor. Mesyuarat ini turut membabitkan sinergi daripada En. Yusari Bin Basiran, Tn. Hj. Nizarulikram bin Abdul Rahim, Tn. Hj. Noorazhar Ngatimin, Tn. Hj. Shari bin Ismail dan En. Zamzuri bin Ghazalee, En. Ahmad Fadhil bin Ahmad dan beberapa pegawai lain.
MESYUARAT SEMAKAN DAN PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN PEMBEDIL (TEORI)
Johor Bahru, 10 Oktober 2023 - Mesyuarat semakan dan penyediaan soalan peperiksaan pembedil (teori) Bil 3/2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH Johor Bahru. Mesyuarat telah dihadiri oleh ASP Jivan A/L Chanderan (Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman), Ir. Juna Azleen Bin Abd Ghani, Timbalan Pengarah Lombong & Kuari (JMG Serawak), Encik Hairul Bin Mohamed Shaharudin, Timbalan Pengarah Lombong & Kuari (JMG Johor), Encik Maziadi Bin Mamat, Timbalan Pengarah Lombong & Kuari (JMG Negeri Sembilan), Encik Aidil Bin Arnolous Rema, Timbalan Pengarah Lombong & Kuari (JMG Terengganu), Encik Mustaza Bin Mustafa, Ketua Penolong Pengarah (JMG BPT), Encik Nik Heryshamzely Bin Deraman, Penolong Pegawai Geosains Kanan (JMG BPT). Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan berkenaan modul soalan-soalan bagi peperiksaan untuk pembedil.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2023 JMG JOHOR
Johor Bahru, 27 September 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2023 dan Sambutan Hari Kemerdekaan JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh Pn. Arda Anasha bt. Jamil diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad dan bacaan ikrar oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan pembentangan pelajar latihan industri En. Muhammad Redhuan b. Yusnizam dari Universiti Malaya berkenaan aktiviti di JMG Johor.
LAWATAN KE LOMBONG HONEST SAM DI CHAAH, JOHOR
Chaah, 21 September 2023 - Baru-baru ini, Jawatankuasa Sumber Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan lawatan ke Lombong Honest Sam di Chaah, Johor. Seramai 20 orang ahli JKSM JMG telah terlibat dengan lawatan ini. Ahli terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral JMG Malaysia, semua Timbalan Pengarah Sumber Mineral Negeri JMG Malaysia dan Ketua-ketua projek Sumber Mineral Negeri JMG Malaysia. Mereka semua telah diberi taklimat dan lawatan mengenai kaedah melombong bawah tanah di sekitar lombong Honest Sam.
KUNJUNG HORMAT KE KOMPLEKS IMPORT EKSPORT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PELABUHAN PASIR GUDANG
Johor Bahru, 20 September 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah mengadakan satu lawatan kunjungan hormat ke Kompleks Import Eksport Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.