KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT PENGARAH JPSM NEGERI JOHOR

muka depan lawatan ke pejabat JPSM 2018

Johor Bahru, 25 Februari 2018 - Baru-baru ini JMG Johor telah membuat lawatan ke Pejabat Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Negeri Johor di Kota Iskandar.

Dalam pertemuan ini, persetujuan telah dicapai antara JMG dan JPSM untuk melaksanakan penggerudian sebuah telaga tiub air tanah seterusnya membangunkannya di Pusat Pengeluaran Spesies Pokok Hutan Ledang (PPSPHL), Tangkak, Johorsecara NBOS.

Adalah diharapkan telaga tiub yang bakal dibangunkan ini dapat membekalkan air yang mencukupi bagi tujuan siraman ke atas anak-anak pokok hutan yang berjumlah 30,000 pokok dalam pembangunan Fasa 1. PPSPHL ini berupaya menampung sehingga 100,000 pokok apabila ia beroperasi sepenuhnya dan pada waktu itu dijangkakan keperluan ke atas air dari sistem telaga tiub air tanah amat diperlukan.

Sumbangan artikel : Encik Noorazhar bin Ngatimin

Written by : asrul