Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Johor

Nusajaya, Johor - Pada 12 Disember 2013, satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Johor dengan YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor di pejabat beliau di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

 Ini adalah merupakan perjumpaan rasmi pertama Pengarah JMG Johor dengan YAB Dato’ Seri sejak beliau dilantik ke jawatan sebagai Menteri Besar Johor yang ke-14 pada 14 Mei 2013 bagi menggantikan Datuk Abdul Ghani bin Othman yang telah memegang jawatan tersebut selama 18 tahun sebelum ini. Di dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara  telah dibangkitkan oleh Pengarah JMG Johor. Antara perkara tersebut adalah pengenalan jabatan, isu-isu berkaitan pembangunan mineral dan perkhidmatan geosains.

 

Written by : liyana