Johor Bahru, 22 Oktober 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2020 dan Mesyuarat MBJ (Pekerja) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Mat Wadi b. Ab Satar, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Iedil b. Omar dan pembaca ikrar oleh Pn. Nurina bt. Jusoh. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.
Majlis diteruskan dengan Mesyuarat MBJ peringkat pekerja yang dipengerusikan oleh En. Norhazidi b. Masrom bertujuan untuk memilih wakil pekerja dari setiap unit masing-masing.
Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah