Sesi Pembentangan Projek dan Jamuan Perpisahan Pelajar Latihan Industri Cawangan Pengurusan Maklumat

Sesi Pembentangan Projek dan Jamuan Perpisahan Pelajar Latihan Industri Cawangan Pengurusan Maklumat

Pada 11 Mac 2015, Cawangan Pengurusan Maklumat telah mengadakan Sesi Pembentangan Projek dan Jamuan Perpisahan Pelajar Latihan Industri Unit Aplikasi GIS dan Kartografi, yang telah menjalankan latihan industri bermula pada 24 November 2014 hingga 13 Mac 2015.

Majlis dimulakan dengan Sesi Pembentangan Projek dimana setiap pelajar melaporkan hasil projek yang telah dijalankan. Cik Mardhina bt Ahmad telah membentangkan projek beliau bertajuk Probability of Landslide Occurrence in Gombak District of Selangor by Using GIS Application manakala saudara Ahmad Ikhwan bin Abdul Halim membentangkan projek bertajuk Identifying the Gold Potential in Lipis Pahang Using GIS Application.

Pihak Jabatan mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan dan berterima kasih kepada kakitangan yang membantu dan menyelia sesi latihan praktik yang telah dijalankan.

Written by : shafiqfarhan