Johor Bahru, 20 Mei 2020 – Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor pada masa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) akibat penularan virus Covid- 19 yang menyerang seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan ‘Projek Sekampit Beras’ yang diilhamkan oleh Yang Dipertua Kelab dan Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan b. Abdullah.
Projek ini diadakan untuk menerapkan rasa simpati, kasih sayang, keprihatinan dan meringankan bebanan hidup kepada golongan yang memerlukan yang terkesan pada masa PKPB. Di samping itu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia. Antara penerima sumbangan tersebut adalah Pusat Jagaan Kasih Setanggi, Kampung Setanggi, 5 ibu tunggal dan seorang warga emas yang menerima barang-barang keperluan asas dan sedikit sumbangan kewangan.
Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah