PUCHONG, SELANGOR (3 APRIL 2018) : SELASA, Kursus Penggerudian (Drilling Course) telah diadakan pada 2-4 April 2018 di Institute of Quarrying Malaysia (IQM) di Puchong Perdana, Selangor Darul Ehsan. Ianya dianjurkan oleh IQM dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Sandvik Mining and Rock Technology.
Peserta-peserta kursus ini terdiri daripada pelbagai jawatan seperti penggerudi, penyelia tapak, jurutera, pengurus lombong dan kuari yang datang dari seluruh negara. Encik Nurul Huda bin Romli, Ketua Unit Lombong Kuari, JMG Sabah telah dipilih untuk menghadiri kursus ini. Kursus ini adalah salah satu kursus dari lima kursus untuk Quarry Manager Certificate (QMC) yang dianjurkan oleh IQM.
Kandungan kursus ini adalah Introduction to Geology, Surface Drilling Applications, Drilling Method and Mechanics of Rock Drilling, Equipment Selection Criteria, Case Study and Discussion. Lawatan lapangan telah diadakan pada 4 April 2018 di kuari Semenyih Quarry Sdn. Bhd., Kajang, Selangor Darul Ehsan bagi memberi gambaran sebenar aktiviti penggerudian di lapangan. Penerangan di lapangan juga diberikan oleh pensyarah kepada peserta-peserta kursus berkaitan jentera penggerudian dan peralatannya juga aktiviti penggerudian. Semoga peserta-peserta kursus ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman berkaitan penggerudian untuk dipraktikkan di tempat masing-masing.
Sumber penulisan : Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli
Peserta-peserta kursus diberikan pendedahan aktiviti penggerudian sebenar di lapangan.
Encik Anas, Pegawai Geosains JMG Selangor/W.Persekutuan sedang memberikan syarahan bagi tajuk Pengenalan kepada Geologi (Intoduction to Geology) kepada peserta-peserta kursus.
Sesi penerangan oleh pensyarah kepada peserta-peserta kursus berkaitan jentera penggerudian dan peralatannya di lapangan.