SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA AKADEMI SAINS CHINA

SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA AKADEMI SAINS CHINA
SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA AKADEMI SAINS CHINA
 
PUTRAJAYA, 9 OGOS 2024 (JUMAAT) – Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Akademi Sains China di Ibu Pejabat JMG. Sesi perbincangan yang dianjurkan oleh Cawangan Ekonomi Mineral ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk P.Geol Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Akademi Sains China dan Profesor Jiang Biao, seorang pakar mineralogi dari Akademi Sains China.
 
Sesi ini turut dihadiri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) serta pegawai sumber mineral dari JMG negeri.
Pertemuan ini membincangkan mengenai potensi kerjasama antara Malaysia dan China dalam pembangunan Industri Nadir Bumi (REE) Negara. Sesi ini turut memberi pendedahan kepada pegawai JMG berkaitan teknologi terkini dalam perlombongan dan pemprosesan REE. Pengetahuan yang dikongsi semasa mesyuarat ini akan memainkan peranan penting dalam pembangunan Dasar REE Malaysia bagi memastikan negara kekal di hadapan dalam industri mineral kritikal ini.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my