KERJA LAPANGAN PEMETAAN GEOLOGI DI KG PETA, MERSING UNTUK PROJEK (ECER) DAN PERSAMPELAN KONSENTRAT (MST) DI TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN, JOHOR

KERJA LAPANGAN PEMETAAN GEOLOGI DI KG PETA, MERSING UNTUK PROJEK (ECER) DAN PERSAMPELAN KONSENTRAT (MST) DI TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN, JOHOR

Mersing, 10-13 November 2024 - Baru-baru ini, JMG Johor telah menganjurkan kerja lapangan pemetaan geologi di sekitar Kg. Peta dan persampelan konsentrat yang tertumpu di kawasan Taman Negara Endau-Rompin, Mersing, Johor. Para peserta terdiri daripada Pegawai Projek MST, Ahli Projek MST dan Pegawai Projek ECER seluruh Malaysia dari negeri Johor, Kedah, Perak, Sabah dan Pahang. Seramai 27 Orang pegawai dan kakitangan terlibat dalam kerja lapangan tersebut.

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang kerja lapangan berlangsung adalah lawatan ke tapak pembangunan telaga air bawah tanah di Kg. Peta, pemetaan geologi di sekitar kawasan Kg. Peta dan mesyuarat kemajuan bagi projek ECER. Kerja lapangan diteruskan dengan persampelan geokimia iaitu aktiviti mendulang konsentrat di sekitar kawasan Taman Negara Endau-Rompin.

Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul