BENGKEL ASAS GEOWARISAN ANJURAN UKM

BENGKEL ASAS GEOWARISAN ANJURAN UKM

LANGKAWI (27 MAC 2018) : SELASA, En. Farid bin Zainudin (Pegawai Geosains) Aktiviti Geologi Warisan sedang menghadiri bengkel berkaitan Asas Geowarisan di Pulau Langkawi. Kursus berlangsung selama 5 hari bermula pada 25 Mac 2018 dan berakhir pada 29 Mac 2018.

Bengkel ini merupakan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara objektif bengkel ini adalah :

1. Memperkenalkan sumber warisan geologi
2. Memberikan penjelasan kepentingan sumber warisan geologi
3. Memperkasa pihak berkepentingan dalam mengenalpasti, memetakan menciri dan menilai sumber warisan geologi.

Sumber warisan geologi merupakan sumber baru yang perlu dikenalpasti dan dikembangkan sebagai sumber ekonomi. Proses mengenalpasti, menciri, menilai , memulihara dan mengembangkanya sebagai sumber geopelancongan dalam bentuk tersendiri atau terintegrasi melalui pendekatan geopark adalah satu tugas yang perlu dilakukan oleh ahli geosains. Kursus ini bertujuan untuk menjawab keperluan tersebut dengan menggariskan objektif untuk melatih ahli geosains yang terlibat secara langsung dengan usaha membangunkan sumber warisan geologi di lokasi masing-masing. Ia juga merupakan usaha memberikan piawai penyimpanan maklumat sumber warisan geologi di Malaysia. Kursus ini dilakukan dalam dua peringkat iaitu asas dan lanjutan. Kursus asas adalah keperluan sebelum mengikuti kursus lanjutan.

Kursus ini dibuka kepada ahli geosaintis yang terlibat dalam usaha pemuliharaan , penyimpanan data dan pengunaan sumber. Penglibatan boleh daripada pihak pelaksana yang membuat keputusan dalam pemuliharaan, pewartaan, pembangunan fasiliti berkaitan geopelancongan; pihak akademik dan penyelidik yang menyokong usaha pembangunan sumber geowarisan dari aspek ilmu dan pengunaan ilmu untuk pendidikan; pengurus sumber warisan geologi yang bertindak melindungi dan memanfaat sumber secara lestari melalui geopelancongan.

ANTARA PENSYARAH :

1. Prof Dr. Ibrahim Komoo – pengasas Kumpulan Warisan Geologi Malaysia, Vice presiden Global Geopark Network (GGN); Bureau Member UNESCO Global Geopark; mantan pengerusi Asia Pacific Geopark Network Prof. Dr. Mohd Shafeea Leman – pakar penilai geopark GGN, Mantan pengerusi Kumpulan Warisan Geologi Malaysia, pakar bidang Paleontologi
2. Prof. Dr. Che Aziz Ali – pengerusi Kumpulan Warisan Geologi Malaysia, Vice presiden Persatuan Geologi Malaysia; pakar bidang Geologi Karbonat
3. Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed – mantan pengerusi Pusat Penyelidkan Langkawi; pakar bidang Sedimentologi
4. Dr. Tanot Unjah – Ketua Program Geologi dan Landskap Pusat Penyelidikan Langkawi, Penyelidik Geologi Pemuliharaan UKM
5. Dr. Dana Badang – pengawai JMG terlibat dengan penilaian geotapak dan pembangunan Geopark Delta Sarawak.
6. Puan Marilah Sarman- pensyarah geologi pemuliharan dan geopelancongan UKM

Sumber maklumat dan foto : En. Farid bin Zainudin

L1

L2

L3

L4

 

Written by : Suriani Ramlee