BENGKEL PENGENALAN GEOLOGI TAPAK PERMATANG SINKLIN PARIT SULONG UNTUK PRODUK PELANCONGAN

BENGKEL PENGENALAN GEOLOGI TAPAK PERMATANG SINKLIN PARIT SULONG UNTUK PRODUK PELANCONGAN

Johor Bahru, 26-27 November 2024 – Baru-baru ini, satu bengkel pengenalan geologi tapak permatang sinklin Parit Sulong untuk produk pelancongan telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Bengkel telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JMG Johor dan dirasmikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.

Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memberi pengenalan dan penerangan berkenaan Geotapak Permatang Sinklin Parit Sulong (PSPS) sebagai produk geopelancongan. Pembentangan tiga georintis Geotapak Permatang Sinklin Parit Sulong iaitu Georintis Bukit Payung, Georintis Bukit Botak dan Bukit Berdiri serta Georintis Bukit Kalong oleh Encik Muhammad Syahmi bin Mohamad dan Cik Fatimah Tuzaharah binti Kamaludeen.
 
Sumbangan artikel : Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul