Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JMG Bilangan 1 Tahun 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JMG Bilangan 1 Tahun 2023
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JMG Bilangan 1 Tahun 2023 sedang berlangsung di Ibu Pejabat JMG Putrajaya.
Mesyuarat berkala ini merupakan sebuah platform pemantauan secara berkala bagi pengurusan pelaksanaan projek-projek ICT di JMG. Ia merupakan satu inisiatif bagi memastikan pengurusan projek-projek ICT dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar.
Mesyuarat ini turut menjadi landasan kepada JMG dalam mengamalkan perbelanjaan berhemah serta mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkaitan, selain memastikan penetapan arah tuju dan strategi pembangunan serta pelaksanaan ICT JMG ke arah pendigitalan dapat dilaksanakan secara efisen.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. En. Zamri bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG dan dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral), Pengarah Kanan (Pusat Penyelidikan Mineral) dan pegawai-pegawai kanan JMG.

Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Terhadap Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MINGEOGIS)

Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Terhadap Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MINGEOGIS)
Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Terhadap Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MINGEOGIS) telah diadakan pada 27/2 bertempat di Ibu Pejabat JMG Putrajaya.
Tujuan pengauditan ini adalah untuk menilai sama ada projek yang dilaksanakan telah dirancang dan dilaksanakan secara ekonomi, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Selain itu, pengauditan ini juga bertujuan membantu menambah baik pelaksanaan projek baharu melalui syor terhadap penemuan Audit yang dibangkitkan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral, Tn Hj Kamaruddan bin Abdullah. Mesyuarat turut dihadiri Pengarah Cawangan Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat JMG, Tn Hj Mohd Zulkiflee bin Che Soh, Ketua Unit Audit Dalam NRECC, En. Hazman bin Mohamed.
Sesi pengauditan ini bermula pada 27/2/2023 sehingga 16/3/2023.

KURSUS PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN (PKJ) DAN PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN (PPKJ)

KURSUS PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN (PKJ) DAN PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN (PPKJ)
KURSUS PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN (PKJ)
📆 27-28 Februari 2023
📍 Bilik Mesyuarat Garnet, Ibu Pejabat JMG
 
Antara objektif penganjuran kursus ini adalah memastikan setiap pegawai dilantik memahami langkah-langkah serata peraturan Keselamatan Perlindungan serta pendedahan tentang tatacara serta pelaporan.
 
Bagi tujuan tersebut satu kursus telah diadakan untuk membantu pegawai yang telah dilantik dalam melaksanakan seperti Ketetapan di Para 16, Buku Arahan Keselamatan Kerajaan dan menambah kefahaman peserta dalam melaksanakan tanggungjawab  sebagai Penolong Pegawai/Pegawai Keselamatan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.