Dukacita dimaklumkan bahawa, kakitangan Ibu Pejabat iaitu Puan Siti Fatimah bt Othman (Perpustakawan, HQ) telah kembali ke Rahmatullah. Jenazah akan dikebumikan pada hari ini selepas solat Maghrib.
Mesyuarat Agung KESKIP Kali Ke 29
Pada 25 Mac 2014, telah berlangsung Mesyuarat Agung KESKIP kali ke 29 di Bilik Nilam, Lantai 22 jam 9.00 pagi. Antara Agenda Mesyuarat ialah membentangkan Laporan Aktiviti-Aktiviti Kelab sepanjang tahun 2013/2014. Secara rasminya AJK yang dilantik mulai tahun 2012/2014 telah dibubarkan dan pemilihan AJK sesi 2014/2016 telah dijalankan.
Majlis Perhimpunan Bulanan, Sambutan Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2013
Perhimpunan Bulan Ogos 2013 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Ibu Pejabat telah diadakan pada 30 Ogos 2013 di Bilik Nilam. Majlis Perhimpunan kali ini amat istimewa kerana ia merangkumi 3 majlis dalam 1. Sesuai dengan gelaran ‘Perhimpunan Merdeka Raya’, ia merupakan Majlis Perhimpunan Bulanan bersama sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Kemerdekaan ke -56.
Majlis Makan Malam Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) & Majlis Persaraan Staf JMG Ibu Pejabat 2013
Pada 6hb Julai 2013 baru-baru ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Makan Malam Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (KESKIP) & Majlis Persaraan Staf JMG Ibu Pejabat 2013 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Tema pakaian pada kali ini adalah 'Color Block' dan rata-rata kakitangan yang hadir bersama isteri dan anak-anak menampilkan penampilan yang amat menarik dan mengikuti tema fesyen terkini. Syabas!
Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Allahyarham Tuan Haji Wahid Abdul Rahman
Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Haji Wahid Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 5.40 petang, 1 Julai 2013 bersamaan 22 Syaaban 1434 H lalu. Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nilam, Lantai 22, Ibu Pejabat pada kelmarin, 4hb Julai dan hari ini, Jumaat, 5hb Julai. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.