Majlis Pemasyhuran Lenggong Geopark Sebagai Geopark Kebangsaan yang telah berlangsung pagi ini, di Dataran Kota Tampan, Lenggong, Perak.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah merasmikan Majlis Pemasyhuran Lenggong Geopark sebagai Geopark Kebangsaan yang telah berlangsung pagi ini, di Dataran Kota Tampan, Lenggong, Perak.
 
Dalam sembah ucapan, Menteri NRES, YB Nik Nazmi Nik Ahmad merakamkan ucapan tahniahnya kepada Kerajaan Negeri Perak dan warga Lenggong atas kejayaan merealisasikan pengiktirafan Lenggong Geopark sebagai Geopark Kebangsaan.
NRES melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG sedang bekerjasama erat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk mewujudkan Lesen Geoguide bagi kawasan Geopark di bawah Akta Industri Pelancongan, 1992 (Akta 482) - di mana seramai 23 orang geoguide dari Lenggong Geopark telah berjaya melengkapkan kursus tersebut.
 
Inisiatif-inisiatif pembangunan Geopark ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan industri pelancongan negara serta memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi masyarakat, khususnya di Daerah Lenggong.

MESYUARAT POTENSI PEMBANGUNAN PERLOMBONGAN UNSUR NADIR BUMI BUKAN RADIOAKTIF (NR-REE) DI MALAYSIA BERSAMA PELABUR

PUTRAJAYA, 8 Mac 2024 – Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan peluang dan potensi untuk pembangunan perlombongan NR-REE di Malaysia antara JMG dengan pelabur daripada dalam dan luar negara yang dipengerusikan oleh En. Yusari bin Basiran, Pengarah Ekonomi Mineral.
 
Pihak pelabur sangat berminat dan teruja dengan hasil kajian mineral yang telah dijalankan oleh JMG terutamanya melibatkan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE). Diharapkan pertemuan ini akan menjadi pemangkin pelaburan dan pertumbuhan industri mineral khususnya NR-REE di Malaysia.

SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN BUAT PN HANIZA BINTI ZAKRI

SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN BUAT PN HANIZA BINTI ZAKRI
SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN BUAT PN HANIZA BINTI ZAKRI
 
PUTRAJAYA, 29 Februari 2024 - Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn Haniza Binti Zakri, Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral di Ibu Pejabat Jabatan Mineral & Geosains Malaysia (JMG) diatas kenaikan pangkat sebagai Pengarah JMG Negeri Sembilan/Melaka berkuatkuasa 1 Mac 2024.
 
Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
budi puan kami tak lupa.
 
Kami warga Cawangan Ekonomi Mineral (CEM) akan sentiasa mendoakan karier yang lebih cemerlang buat puan dan selamat maju jaya di tempat kerja yang baharu. Setiap suka dan tawa riang sudah pasti tidak akan luput dalam memori kami. Begitu juga segala jasa, bakti dan nasihat akan sentiasa tersemat dalam ingatan. Semoga berjumpa lagi kita pada masa akan datang.
 
Ayam rintik dipinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga,
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.

MESYUARAT KUMPULAN FOKUS KAJIAN PERTENGAHAN PENGGAL (INTERIM AKHIR PENGGAL) ASEAN MINERAL COOPERATION ACTION PLAN-III (AMCAP) 2016-2025 (MTR AMCAP-III)

29 February 2024, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bersama Bahagian Mineral dan Geosains NRES telah menghadiri Mesyuarat Kumpulan Fokus Kajian Pertengahan Penggal (Interim Akhir Penggal) AMCAP-III 2016-2025 secara dalam talian. Mesyuarat ini diwakili oleh Tn Hj Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor (SUB BMG), En Yusari Basiran (PGH EM), En Zamzuri Ghazalee, En Mohd Hasdi Muda dan En Ikhwan Hadi Suhaime.
 
Intipati perbincangan mesyuarat ini adalah bagi membentangkan kemajuan dan meningkatkan lagi strategi mineral ASEAN untuk pembangunan modal insan ASEAN. Selain itu, mesyuarat juga mensasarkan untuk mendapatkan draf akhir bagi laporan pertengahan penggal (Interim End-term) bagi pembangunan Pelan Strategik Pasca Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 (ASEAN Economic Community, AEC)
 
Kerjasama negara-negara ASEAN dalam merancang dan merangka strategi untuk pembangunan industri mineral dan modal insan amat penting untuk kemajuan industri mineral negara.

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS PIHAK DELEGASI PERUNDING UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE JMG MALAYSIA PUTRAJAYA,

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS PIHAK DELEGASI PERUNDING UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE JMG MALAYSIA PUTRAJAYA,
LAWATAN KERJA PENANDA ARAS PIHAK DELEGASI PERUNDING UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KE JMG MALAYSIA
PUTRAJAYA,
 
29 Februari 2024 - Pihak perunding UMS telah mengadakan satu lawatan kerja penanda aras ke JMG Malaysia dengan tujuan untuk mengumpul pandangan mengenai pelaksanaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta Dasar Mineral Negara (DMN) bagi penyediaan dokumentasi Pelan Pembangunan Mineral Sabah 2024-2030 yang komprehensif. Pelan ini akan menjadi hala tuju untuk semua operasi perlombongan mineral di Negeri Sabah.
 
Perbincangan yang dipengerusikan oleh Pn. Jayawati daripada Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat JMG dengan dihadiri oleh 10 orang pegawai daripada UMS yang diketuai oeh Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Rodeano Roslee, Pgeol. dan beberapa pegawai ekonomi mineral, memfokuskan kepada dasar dan enakmen-enakmen sedia ada yang digunapakai oleh kerajaan persekutuan dan negeri-negeri, perbezaan harga royalti mineral di setiap negeri serta keperluan melakukan pendengaran awam dan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan.
 
Semoga penyediaan Pelan Pembangunan Mineral Sabah 2024-2030 ini dapat merancakkan lagi industri mineral negara.