Johor Bahru, 30 Januari 2018 - Satu sesi pembentangan laporan Kajian Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar EIA bagi Kuala Lumpur - Singapore High Speed Rail (HSR) Project kepada pihak JMG telah diadakan di JMG Johor. Taklimat ini disampaikan oleh Dr. Wan Zuhairi B. Wan Yaacob, wakil perunding dari UKM Pakarunding Sdn Bhd. Turut hadir dalam sesi ini adalah wakil pemaju MyHSR Corporation Sdn Bhd, perunding Minconsult Sdn Bhd serta wakil JMG dari negeri-negeri yang terlibat seperti Johor, W.P. Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka/ Negeri Sembilan.
PEMETAAN GEOLOGI DI SIREHPARK@ISKANDAR PUTERI
Johor Bahru, 8 Januari 2018 – Baru-baru ini, JMG Johor telah membuat kerja pemetaan geologi di kawasan SIREHPark@Iskandar Puteri yang merupakan sebuah Taman Warisan Semulajadi yang sedang dibangunkan oleh UEM Sunrise iaitu anak syarikat UEM Group. Beberapa siri perbincangan dan lawatan tapak telah dijalankan sebelum ini bersama pihak UEM dan Kerajaan Negeri yang ingin menengahkan kawasan tersebut sebagai tempat rekreasi, pendidikan dan saintifik.
TAKLIMAT PEMETAAN GEOLOGI DI SIREHPARK@ISKANDAR PUTERI
Johor Bahru, 4 Januari 2018 - Satu sesi taklimat berhubung aktiviti pemetaan geologi yang akan dijalankan di SIREHPark@Iskandar Puteri telah dijalankan. Sesi taklimat telah diberikan oleh En. Mohd Fauzi bin Rajimin yang turut akan bertindak sebagai penyelaras dalam aktiviti pemetaan ini.
KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT PEGAWAI DAERAH MERSING
Mersing, 19 Disember 2017 - JMG Johor berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Mersing yang diwakili oleh En. Noorazhar Ngatimin, En. Mohd Fauzi Rajimin dan Cik Nur Syahidatul Zubaida Abdillah.
Pertemuan santai dengan YBhg Tn Hj Ashari Hj Kasnan ini telah mengeratkan lagi silatulrahim antara JMG dengan Pejabat Daerah.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 9/2017 DAN SAMBUTAN HARI INOVASI JMG JOHOR
Johor Bahru, 12 Disember 2017 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2017 dan Sambutan Hari Inovasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor bil 9/2017 dan Sambutan Hari Inovasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor untuk rujukan dan makluman semua.