MESYUARAT PENYEDIAAN KERTA KERJA KELULUSAN ICT UNTUK SISTEM PEMANTAUAN PERGERAKAN GARIS-GARIS SESAR MENGGUNAKAN GNSS BIL 1/2019

MESYUARAT PENYEDIAAN KERTA KERJA KELULUSAN ICT UNTUK SISTEM PEMANTAUAN PERGERAKAN GARIS-GARIS SESAR MENGGUNAKAN GNSS BIL 1/2019

KOTA KINABALU JMG SABAH (20 Februari 2019, Rabu) : Satu mesyuarat telah diadakan bagi tujuan memberi maklumat dan penerangan mengenai tatacara kelulusan ICT untuk projek yang sedang atau akan dijalankan kelak. Keperluan ini adalah untuk mendapatkan kelulusan ICT bagi mana-mana projek yang melibatkan perolehan aset ICT seperti komputer riba, server, perisian GNSS khususnya dan penyediaan rangkaian bagi menyokong projek tersebut. Mesyuarat dihadiri oleh En. Frederick Francis Tating (Pengerusi), En. Eddie Affandy Mohd. Yusslee (KUPM), En. Bailon bin Golutin, En. Arthur Clement Makulim, En. Goh Khean Seong, Pn. Normi Adok, Pn. Besty J. Adim dan Pn. Lena Anggie (Setiausaha). Mesyuarat ini adalah susulan daripada Mesyuarat Pengurusan Maklumat JMG Bil 1/2019 yang telah diadakan di Hotel Merdeka Palace Kuching, Sarawak dari 11 hingga 15 Februari 2019

MAJLIS PENYERAHAN DATA IFSAR KEPADA KUPM SABAH

MAJLIS PENYERAHAN DATA IFSAR KEPADA KUPM SABAH

KUCHING, SARAWAK (14 FEBRUARI 2019) : KHAMIS, satu majlis penyerahan telah dilaksanakan di Hotel Merdeka Palace pada jam 1.00 petang hari ini 14 Februari 2019. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohd Zulkiflee bin Che Soh (Timbalan Pengarah), Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibupejabat JMG Malaysia. Data IFSAR ini diserahkan kepada En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), JMG Sabah oleh Tuan Hj. Mohd Zulkiflee.

Baca selanjutnya