BENGKEL PERPARITAN BAGI PROJEK PEMETAAN SESAR AKTIF DAN GEMPA BUMI BIL.1/2018

BENGKEL PERPARITAN BAGI PROJEK PEMETAAN SESAR AKTIF DAN GEMPA BUMI BIL.1/2018

PAHANG (17 JULAI 2018) : SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah menganjurkan satu bengkel yang bertajuk “ Bengkel Perparitan Bagi Projek Pemetaan Sesar Aktif dan Gempa Bumi Bil.1/2018 bermula pada 16 Julai 2018 dan berakhir pada 21 Julai 2018. Bengkel ini diadakan di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands, Pahang.

Baca selanjutnya

PROGRAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT “SEHARI BERSAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA”

PROGRAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT “SEHARI BERSAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA”

KOTA KINABALU, SABAH (13 JULAI 2018) : JUMAAT, Universiti Utara Malaysia bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah telah menganjurkan satu program pembangunan masyarakat dengan tajuk Sehari Bersama Universiti Utara Malaysia bertempat di Dewan Mini Teater Yun Hamdan, Bangunan Yayasan Sabah. Turut hadir dalam program ini En. Mazuan bin Roslan (Pegawai Geosains C44) mewakili JMG Sabah.

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA BAGI POTENSI AIR MINERAL DI KAWASAN TAMBUNAN

LAWATAN KERJA BAGI POTENSI AIR MINERAL DI KAWASAN TAMBUNAN

TAMBUNAN, SABAH (4 JULAI 2018) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah membuat satu lawatan kerja bagi potensi air mineral di kawasan Tambunan. Dalam lawatan ini turut memberi pendedahan kepada dua orang pelajar latihan industri dri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sedang menjalani latihan di Unit Geosains Aktiviti Hidrogeologi.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI DAN PERSEKUTUAN BERSAMA KETUA MENTERI SABAH 2018

MAJLIS PERHIMPUNAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI DAN PERSEKUTUAN BERSAMA KETUA MENTERI SABAH 2018

KOTA KINABALU, SABAH (25 JUN 2018) : ISNIN, Satu perhimpunan pegawai perkhidmatan awam negeri dan persekutuan telah diadakan pada pagi ini di Auditorium Utama, Aras 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah, di Teluk Tanjung Lipat, Likas. Perhimpunan ini bersama dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Shafie bin Haji Apdal.

Baca selanjutnya