9th Asean Ministerial Meeting on Minerals (9th AMMIN), 23rd Asean Senior Officials Meeting on Minerals (ASOMM) and Its Associated Meetings/Events di Phnom Penh, Cambodia
Phnom Penh, 22 November 2023 – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menghadiri 9th Asean Ministerial Meeting on Minerals (9th AMMIN), 23rd Asean Senior Officials Meeting on Minerals (ASOMM) and Its Associated Meetings/Events di Phnom Penh, Cambodia pada 21 hingga 24 November 2023. Delegasi Malaysia dihadiri oleh 7 orang pegawai yang diketuai oleh Tn. Hj. Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, Setiauasaha Bahagian Mineral dan Geosains bersama Tn. Hj. Kamarudan Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan En. Yusari Basiran, Pengarah Ekonomi Mineral. Semoga kolaborasi ASEAN ini akan merancakkan lagi ekonomi industri mineral di rantau ini.
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐃𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐄𝐑𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐎𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐉𝐌𝐆) 𝐁𝐈𝐋.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑
Kunjungan Deligasi daripada Oman Industrial Innovation Academy (IIA) Earth Sciences Consultancy Centre (ESCC)
MERU, 21 November 2023 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG mengalu-alukan kedatangan deligasi daripada Oman Industrial Innovation Academy (IIA) Earth Sciences Consultancy Centre (ESCC) untuk lawatan ke Guocera Tile Industries Sdn. Bhd. di Meru, Klang. Lawatan ini yang diketuai oleh JMG Cawangan Ekonomi Mineral bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Selangor/W. Persekutuan yang dimulakan dengan pengenalan dan taklimat oleh pihak Guocera berkenaan bahan mineral yang digunakan, proses pembuatan sehingga penghasilan produk akhir iaitu jubin yang berkualiti tinggi. Diharapkan sinergi daripada dua negara ini memberi impak yang positif terhadap industri mineral negara pada masa akan datang.