Johor Bahru, 31 Julai 2017 - JMG Johor telah menerima kunjungan YBhg Dato’ Prof. Dr Ibrahim Komoo, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan.
Kunjungan atau lawatan kerja ini bertujuan membincangkan cadangan pembangunan Geopark Mersing. Hasil perbincangan yang dijalankan, ia telah membuahkan idea konsep yang akan diterapkan dalam Geopark Mersing ini. Turut dibincangkan ialah tindakan yang perlu diambil oleh JMG selaku agensi pelaksana.
Perbincangan ini turut disertai oleh En Mohd Sari Hassan (Timbalan Pengarah), Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamed (Pensyarah UTM), Mohd Izami (Pensyarah UPM) dan En Mohd Fauzi Rajimin (Pegawai Geosains Pemetaan Geologi) selaku pegawai bertanggungjawab dalam menjalankan kajian berhubung geowarisan atau warisan geologi.
http://blog.jmg.gov.my/integriti/lawatan-kerja-dato%E2%80%99-prof-dr-ibrahim-komoo-ke-jmg-johor#sigProId96de3f2b0a