Majlis Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) di MITEC Kuala Lumpur
AIR 2040
MITEC, KL
29 Oktober 2024
Majlis peluncuran ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia sebagai agensi tunjak dalam aktiviti berkaitan air bawah tanah telah mewakili Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi AIR 2040. Penglibatan JMG berhasrat untuk menampilkan peranan jabatan dalam pembangunan air bawah tanah di majlis ini yang merupakan satu pengikitirafan kepada agensi yang bertanggungjawab terhadap sumber air di Malaysia.
Pelan Hala Tuju Transformasi Air (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau. Sebagai salah satu agenda nasional, AIR 2040 bertujuan mentransformasi sektor air negara menjadi mampan dan pemangkin pembangunan ekonomi, menjamin bekalan air berkualiti dan memajukan bidang sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE).
AIR 2040 yang dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun menerusi empat (4) fasa di bawah Rancangan Malaysia ini bakal memacu keterjaminan dalam aspek kesejahteraan rakyat.