MESYUARAT AKHIR PENYELARASAN PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KG. TIMBANG DAYANG DAN KG. DUDAR, KOTA BELUD

MESYUARAT AKHIR PENYELARASAN PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KG. TIMBANG DAYANG DAN KG. DUDAR, KOTA BELUD

KOTA BELUD, SABAH (13 FEBERUARI 2018) : SELASA, Jawatankuasa program perasmian telaga tiub telah mengadakan satu mesyuarat di Majlis Daerah Kota Belud sekitar jam 2.30 petang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh ADO En. Norsafi bin Hj. Dulah dan pengerusi bersama En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee selaku pengerusi bersama daripada Jabatan Mineral dan Geosains Sabah.

Seramai 21 orang ahli jawatankuasa yang hadir pada mesyuarat akhir ini, JMG Sabah juga diwakili oleh En. Jaineh Lingi, En. Morius Bantas, Pn. Besty Jenna Adim dan En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanaffi (selaku jurufoto). Mesyuarat ini juga dihadiri oleh Pddk, JKKK, Ketua Kampung Kg. Timbang Dayang dan Kg. Dudar, Kota Belud.

Mesyuarat akhir ini bertujuan membincangkan perkara-perkara berbangkit dan perkara-perkara penting sebelum bermulanya program perasmian tersebut. Mesyuarat berakhir sekitar jam 4.30 petang. Sekian.

kanan timbang kiri dudar pic 3

Dari kanan : Pddk, JKKK, Ketua Kampung Timbang Dayang, Kota Belud

Dari kiri     : Pddk, JKKK, Ketua Kampung Dudar, Kota Belud

pic 1

pic 2

pic 3

pic 4

pic 5

pic 6

 

Written by : AZROL