MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KINABALU ASPIRING GEOPARK BIL2/2018

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KINABALU ASPIRING GEOPARK BIL2/2018

KOTA KINABALU, SABAH (09 FEBRUARI 2018) : JUMAAT, sekitar jam 9.30 pagi ini, satu mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Ibupejabat Taman-Taman Sabah.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kinabalu Aspiring Geopark Bil 2/2018 diantara Jabatan Mineral dan Geosains Sabah, Taman-Taman Sabah dan Universiti Malaysia Sabah bagi membincangkan perjalanan-perjalanan aktiviti yang telah dirancangkan sebelum ini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Taman-Taman Sabah itu sendiri. Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG Sabah) diwakili oleh En. Paulius Godwin (Ketua Unit Geosains), Pn. Jenneth Cyril (KSu-GeoKhidmat), En. Farid bin Zainudin (Ketua Aktiviti Geologi Warisan) dan En. Mison Ajum (Pegawai Geosains), manakala Universiti Malaysia Sabah (UMS) diwakili oleh Prof. Dr. Felix Tongkul dan Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo dan wakil Taman-Taman Sabah ialah pengarah mereka sendiri En. Jamili Nais dan wakil-wakil pegawai dari Taman-Taman Sabah.

Sumber Informasi dan foto : En. Farid bin Zainudin

Written by : Suriani Ramlee