KOTA KINABALU, SABAH (27 APRIL 2018) : JUMAAT, satu mesyuarat Pemuktamadkan Penerbitan Buletin Malindo telah berlangsung hari ini dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang di Bilik Mesyuarat Chromite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Joanes Muda, Pengarah JMG Negeri Sembilan dan Melaka.
Antara pegawai-pegawai yang hadir bersama dalam mesyuarat ini adalah Pn. Jenneth Cyril (Ketua Sub Unit Geokhidmat), En. Bailon Golutin (Pegawai Geosains Kanan, JMG Sabah), Pn. Faye Donna Edmund (Pegawai Geosains Kanan, JMG Sabah), En. Redzuan bin Ahmad Banjar (Pegawai Geosains, JMG Sabah), En. Dana Badang (Pegawai Geosains, JMG Sarawak) dan En. Edward Muol (Pegawai Geosains, JMG Sarawak). Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan dan memuktamadkan penerbitan buletin malindo juga merupakan kesinambungan dari mesyuarat sama yang telah dijalankan di JMG Sarawak pada tahun 2017. Mesyuarat dibuat utk penyediaan buletin Malindo, iaitu kerjasama diantara Malaysia dan Indonesia dalam bidang geologi dan mineral. Buletin mengandungi semua aktiviti bersama yang dijalankan oleh JMG dan Badan Geologi Indonesia.
Sumber Maklumat : Pn. Jenneth Cyril
Sumber Foto : En. Redzuan bin Ahmad Banjar