Peluncuran Buku Mewah (Coffee Table Book) “Community-Led Disaster Risk (CLDRR)
International Greentech & Eco-Product Exhibition Conference (IGEM) 2024, Pusat Konvensyen KLCC.
11 Oktober 2024
Majlis peluncuran ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam disertai bersama oleh YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia dan YBrs. Dr. Khamarrul Azahari Razak, Pengarah Disaster Preparedness And Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute Of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di International Greentech & Eco-Product Exhibition Conference (IGEM) 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Program Pengurangan Risiko Bencana di Pacu Komuniti atau CLDRR ini merupakan kerjasama antara JMG dan UTM dengan kerjasama pelbagai agensi di bawah jawatankuasa pengurusan bencana, badan-badan profesional dan organisasi bukan kerajaan.
Program CLDRR ini merupakan inisiatif unik dan anjakan baru dalam memartabatkan program pengurusan risiko bencana yang secara tidak langsung mengangkat peranan penting komuniti dan sumbangan utama mereka dalam menterjemahkan agenda pengurangan risiko bencana di peringkat setempat.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui JMG sentiasa komited dalam memastikan pengurusan risiko bencana adalah sentiasa dipertingkatkan selaras dengan piawaian antarabangsa iaitu Sendai Framework For Disaster Risk Reduction 2015 – 2030.