SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA KITS CORPORATION KOREA

SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA KITS CORPORATION KOREA
SESI PERBINCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MINERAL NEGARA BERSAMA KITS CORPORATION KOREA
 
PUTRAJAYA, 12 OGOS 2024 (ISNIN) – Satu sesi perbincangan telah dianjurkan oleh Cawangan Ekonomi Mineral antara JMG dan KITS Corporation Korea yang telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Yusari Bin Basiran, Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral, JMG Malaysia di Ibu Pejabat JMG. JMG berasa berbesar hati menyambut kehadiran delegasi daripada KITS Corporation Korea ke sesi ini bagi meneroka peluang kerjasama dalam Industri Mineral serta memajukan pengetahuan dan inovasi dalam industri mineral yang terlibat terutamanya industri nadir bumi (REE) Negara.
 
Sesi ini turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Bahagian Mineral dan Geosains, NRES serta pegawai-pegawai dari JMG negeri yang memberi peluang untuk bertukar idea, berkongsi pandangan tentang teknologi terkini dalam perlombongan dan pemprosesan nadir bumi yang penting dalam merangka Dasar Nadir Bumi Malaysia.
 
Malaysia berhasrat untuk melangkaui sekadar pengeluaran dan eksport bahan mentah. Justeru itu, Industri REE di Malaysia bersedia untuk memperluas dan meningkatkan keupayaannya termasuk pembangunan infrastruktur dan dasar yang menyokong setiap peringkat proses pengeluaran REE dari peringkat huluan, pertengahan, hingga ke hiliran dengan tumpuan kepada pembangunan rantaian nilai yang menyeluruh.

Written by : azrul_aziz@jmg.gov.my