KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2018) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan setinggi Tahniah buat semua penerima APC 2017 dan berharap kepada semua penerima APC 2017 akan sentiasa memberikan yang terbaik buat jabatan.
Seramai 7 orang kakitangan JMG Sabah telah dipilih untuk menerima APC 2017 ini. Antara mereka adalah Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah), En Arthur Clement Makulim (Pegawai Geosains C44), Pn. Jayawati Fanilla Sahih binti Montoi (Pegawai Geosains C44), Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin (Penolong Juruukur JA29), Pn. Vianni Vincent (Pembantu Tadbir Kewangan W22), En. Herorisan bin Paruka (Pembantu Geosains C19) dan En. Suhaimie bin Suman (Pemandu Kenderaan H11). Syabas dan Tahniah buat semua penerima APC 2017 JMG Sabah, semoga mereka akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang buat JMG Sabah khasnya dan JMG Malaysia amnya.