JMG JOHOR SIHAT

JMG JOHOR SIHAT

Johor Bahru, 01 Februari 2024 – JMG Johor telah mengadakan Bulan 'JMG Johor Sihat' bagi tahun 2024 secara dalaman dengan jayanya. Bulan 'JMG Johor Sihat' ini merupakan suatu inisiatif Pengarah dimana ia adalah satu langkah proaktif ke arah mencapai hasrat merealisasikan 'Agenda Malaysia Sihat'.  Ia dijadikan program tetap bulanan JMG Johor yang akan diadakan setiap hujung bulan.

Hari tersebut telah diisi sesi senamrobik yang diketuai oleh Puan Fatimah Tuzaharah binti Kamaludeen dan dibantu oleh Encik Muhammad Amirul bin Ma'arof yang telah diadakan di tingkat atas Menara TH. Seterusnya diikuti dengan aktiviti gotong royong untuk setiap Unit. Akhir sekali, Pengarah mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang terlibat dalam menjayakan Bulan 'JMG Johor Sihat' pada bulan ini.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul