International Geological Survey Meeting

International Geological Survey Meeting
International Geological Survey Meeting
 
⏰ 09 January 2024
📍 King Abdulaziz Center, Riyadh, Saudi Arabia.
 
Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG telah mewakili negara menghadiri Mesyuarat Kajian Geologi Antarabangsa.

Ia adalah sebahagian daripada program di bawah Forum Mineral Masa Depan Antarabangsa Ke-3 yang dianjurkan oleh

The Saudi Geological Survey (SGS) yang mengadakan pertemuan wakil pemimpin organisasi didalam bidang geologi dari seluruh dunia.

Mesyuarat itu bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan penyelarasan langsung antara negara dalam bidang geologi untuk mencapai objektif bersama.

SESI LIBAT URUS ENTERPRISE AGREEMENT UNTUK PERISIAN ARCGIS ANTARA JMG DAN ESRI MALAYSIA SIRI 1-2024

SESI LIBAT URUS ENTERPRISE AGREEMENT UNTUK PERISIAN ARCGIS ANTARA JMG DAN ESRI MALAYSIA SIRI 1-2024
SESI LIBAT URUS ENTERPRISE AGREEMENT UNTUK PERISIAN ARCGIS ANTARA JMG DAN ESRI MALAYSIA SIRI 1-2024
 
Libat urus ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Pengurusan Data Geospatial JMG dan Perkongsian Teknologi bersama ESRI MALAYSIA Siri 3-2022 yang telah diadakan pada 4-6 Oktober 2022.
 
Perbincangan pada sesi kali ini adalah berkaitan dengan keperluan teknologi GIS dalam menyokong operasi masa kini dan akan datang setiap kluster bidang mineral dan geosains.

Kunjungan dari Public Bank Berhad dan Perbincangan bagi mewujudkan kerjasama dua hala JMG-Public Bank Berhad.

📍 Ibu Pejabat JMG
📆 27 Disember 2023
 
Suatu sesi taklimat telah diberikan kepada Public Bank Berhad bagi menerangkan tentang program Geopark serta kepelbagaian Geotapak bagi rangka kerja berpotensi kelestarian alam sekitar dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Semoga hubungan yang terjalin ini akan dimanfaatkan bagi perkembangan geosains antara kedua belah pihak.

Lawatan Kerja ke Taman Eko Rimba Lata Kekabu, Lenggong Perak.

Lawatan Kerja ke Taman Eko Rimba Lata Kekabu, Lenggong Perak.
Lawatan Kerja ke Taman Eko Rimba Lata Kekabu, Lenggong Perak.
 
📍Taman Eko Rimba (TER) Lata Kekabu, Lenggong Perak.
📆 18 Disember 2023
 
Ketua Pengarah JMG bersama Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), pegawai-pegawai kanan kementerian, beberapa jabatan dan agensi kerajaan telah melakukan lawatan kerja ke Geopark Lata Kekabu.
 
Penerangan teknikal tentang TER telah diberikan oleh wakil daripada JPSM dan En. Mat Niza Abdul Rahman, Timbalan Pengarah JMG Perak memberikan penerangan teknikal berkaitan geotapak Lata Kekabu yang merupakan sebahagian daripada Geopark Lenggong.
 
Lawatan ini disempurnakan dengan acara penanaman pokok oleh ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil kementerian

Lawatan Kerja ke Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering

Lawatan Kerja ke Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering
Lawatan Kerja ke Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering
 
📍Kenering, Perak
📆 18 Disember 2023
 
Ketua Pengarah JMG bersama Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, pegawai-pegawai kanan kementerian, beberapa jabatan dan agensi kerajaan telah melakukan lawatan kerja ke Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering.
 
Penerangan teknikal telah diberikan oleh wakil daripada MCRE Resources Sdn. Bhd., operator lombong NR-REE tersebut.
Delegasi telah diberi penerangan tentang setiap proses perlombongan NR-REE yang dijalankan di tapak projek.
 
Taklimat berkenaan teknik pengekstrakan jerapan ion secara larut resap in-situ (In-Situ Leaching) sehingga ke pemprosesan bijih untuk menghasilkan karbonat lantanida sebagai produk akhir telah diberikan.