MERU, 21 November 2023 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG mengalu-alukan kedatangan deligasi daripada Oman Industrial Innovation Academy (IIA) Earth Sciences Consultancy Centre (ESCC) untuk lawatan ke Guocera Tile Industries Sdn. Bhd. di Meru, Klang. Lawatan ini yang diketuai oleh JMG Cawangan Ekonomi Mineral bersama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Selangor/W. Persekutuan yang dimulakan dengan pengenalan dan taklimat oleh pihak Guocera berkenaan bahan mineral yang digunakan, proses pembuatan sehingga penghasilan produk akhir iaitu jubin yang berkualiti tinggi. Diharapkan sinergi daripada dua negara ini memberi impak yang positif terhadap industri mineral negara pada masa akan datang.
PENCAPAIAN JMG DALAM ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA 2023
PENCAPAIAN JMG DALAM ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA 2023
14 November 2023
Hotel Le Meridian, Putrajaya
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah terpilih bagi menerima 'Anugerah Penilaian Outcome Projek Berprestasi Tinggi Mampan' oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Projek 'Potensi Pembangunan Geopark untuk Pengekalan dan Pemuliharaan Sumber Semulajadi Negara’ telah dipilih sebagai penerima anugerah yang amat berprestij ini.
Projek ini dengan objektif :
'Mengenalpasti, menciri, menilai dan menaraf geotapak berpotensi sebagai sumber warisan geologi negara agar boleh dibangunkan sebagai Geopark Kebangsaan dan global (UNESCO)' telah menghasilkan outcome:
243 geotapak dikenalpasti
87,600 pelancong direkodkan di Jerai Geopark pada tahun 2022
Peningkatan ekonomi dan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat
PROJEK PENGHASILAN MODEL GEOLOGI 3 DIMENSI SUBPERMUKAAN BAGI KAWASAN GREATER KUALA LUMPUR DI NEGERI SELANGOR
PROJEK PENGHASILAN MODEL GEOLOGI 3 DIMENSI SUBPERMUKAAN BAGI KAWASAN GREATER KUALA LUMPUR DI NEGERI SELANGOR
Pembentangan projek telah diadakan di Ibu Pejabat JMG pada hari ini, 10hb oleh P. Geol. Encik Mohammad Ramzanee bin Mohd Noh, Penolong Pengarah, Aktiviti Geologi Kejuruteraan, JMG Selangor/Wilayah Persekutuan.
36th NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE 7-9th NOVEMBER 2023
Field Excursion: National Geoscience Conference 2023 lead by JMG Selangor
Lokaliti 1: Tapak Bencana Geologi Taman Bukit Permai
Lokaliti 2: Komuniti Sedar Bencana Geologi Bukit Antarabangsa
Lokaliti 3: Geotapak Batu Arang Gombak Hulu Langat Geopark
Lokaliti 4: Tapak Sand Mining KSSB, Bestari Jaya
Wakil Ibu Pejabat turut hadir membantu menjayakan lawatan tapak lokaliti.
36th NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE 7-9th NOVEMBER 2023
Persidangan Geosains Kebangsaan Kali ke-36 hari ke-2 pada 8 November 2023 bertempat di The Everly, Putrajaya.
Semasa majlis penutupan terdapat beberapa penyampaian hadiah untuk persembahan terbaik NGC 2023 & hadiah pelajar terbaik GSM.
Penyampaian Majlis Penutupan Persidangan telah disempurnakan oleh YBrs. P.Geol. Dr. Abdullah bin Sulaiman F.I.G.M, Timbalan Ketua Pengarah (KEM) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.